Friday, 31 August 2012


Setiap insan yang hidup di muka bumi ini terutamanya pelajar, ingin yang terbaik dalam hidup mereka. terutamanya dalam soal kehidupan. Semua insan bercita-cita untuk berjaya dalam bidang yang diceburi dan ingin berjaya dalam hidup tetapi untuk mencapai kejayaan bukanlah suatu perkara yang mudah, ia memerlukan ketabahan, pengorbanan serta semangat juang yang tinggi. Sekiranya kita mempunyai keinginan, kita hendaklah sentiasa mencari ikhtiar dan bertindak agar tercapai perkara yang di impikan. Impian tanpa dilaksanakan dengan usaha sampai bila-bila pun impian kita tidak akan jadi nyata. Bak kata pepatah melayu "di mana ada kemahuan di situ ada jalan". Kita hendaklah sentiasa berfikiran positif dan sentiasa berpegang pada kata-kata semangat. Sekiranya kita melihat kejayaan orang lain , katakan pada diri sendiri, kenapa mereka boleh berjaya dan kenapa mereka boleh buat? Kalau mereka boleh buat, saya pun boleh juga!! Itu adalah kata-kata semangat untuk membangunkan diri sendiri. Sesungguhnya, kalau kita hendak berjaya, kita hendaklah pandai mengurus masa dengan bijaksana dan sentiasa melakukan yang terbaik dalam semua perkara. Perjuangan dan perjalan yang jauh dimulai dengan satu langkah. "Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana".

Langkah Bijak ke Arah Mencapai Kejayaan :

1. Berdisiplin
2. Bijak mengurus masa
3. Berusaha/ikhtiar
4. Bertanggung jawab pada diri sendiri
5. Mempunyai Prinsip
6. Mengutamakan Perkara yang Penting
7. Saling Menghormati
8. Fokus Pada Matlamat
9. Sentiasa Berdoa pada Allah S.W.T
10. Bertawakal